Monday, April 2, 2012

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?


Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.


notakaki: soaln ini yg slalu mncul dlm benakku.. layakkah aku utk dcntai oleh insan brnama lelaki.. yg akn mnemani hyatku?? yg akn mnjadi imam bg hdupku?? kerna slah ku.. dosa ku trlalu brat tuk aku tggung Ya Allah.. hgga aku tkut untk mnerima khadirn si dia.... trasa dri ini bgitu hina tuk merasai smua nikmatMU... terasa dri ini xlyak untuk dcintai.. Ya Allah teguhkan imanku.. kuatkn hatiku.. agr aku dpt mgharungi hdup ini.. sendirian... kerna aku hnya ingin serahkn cntaku hnya pdaMu... =)



cik n3mO

0 org dak comel yg merapu:

Post a Comment

Ai, takkan tengok je.:)