Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa  penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.  Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa  kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua  kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk  mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya  menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan  sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya  Cinta.
Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu  kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari  jauh.
Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa  perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana  cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti  hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.
Ada  2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu  menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang  mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.  Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang  menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu  sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,  dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia  untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa  mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan  sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.  Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali  mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat  melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan  rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai  seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup  matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan  air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta  datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah  dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah  dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka  telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian  dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan  simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal  dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu  pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan  dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan  menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum  bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima  kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari ‘cinta’  apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya  kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan  menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah,  tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan  diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat,  tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah  pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit  menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan  kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai  seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah  mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk  menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai  atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting  sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut  tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal  yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang  sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya  menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu  tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya  hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya,  dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Kaum lelaki  sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata.  Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari  nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara  kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg  dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh,  tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih  sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia.  Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih  sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala  kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,  sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana  perginya tanpa berpatah lagi.
Terputus cinta memang  menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak  dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian,  anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun  pasti akan reda jua.
Jangan kerana cinta, kita gugur dari  perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan  cair.
Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan  dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir  kepada percintaan.
Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan  akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan  menjadi indah jika cinta terus bersama.
Cinta sejati ialah  kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada  anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih  suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan  mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim  berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir  selamanya.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia  sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu  diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa  percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan  pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke  dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati  dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi  sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya  menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para  pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi  hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik  perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir  bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.
Tak  usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil  kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di  hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati  pasanganmu
Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti  cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi  dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah  cinta.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai  tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci  tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya  bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya  bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan  ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta  ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang  yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati  kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa  manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,  dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang  gemerincing.
Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal  terindah yang pernah dialami.
Siapapun pandai menghayati cinta  tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg  boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik  melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi,  menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan  padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan  cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri,  dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak,  kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam  dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada  tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari  langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan  menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana  embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain  perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di  sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang  tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata  cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu  melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari  hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang  mendengarnya.
Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat  menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta  dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.
Cinta umpama bunga  di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk  kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian,  layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.
Kamu  tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai  saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi  dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Satu-satunya cara  agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita  dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa  mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Cinta bukanlah kata  murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah  anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai  kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.  Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih  namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta  memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai  oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta  itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu  istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
Cinta  ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk  jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk  mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta  sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.  Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta  boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah  buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai  keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah  sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila  cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Cinta bukanlah  dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang  memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak  mengerti perjalananan hati naluri.
Kejarlah cita-cita sebelum  cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu  akan hadir.
Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa  yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih  penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau  sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan  nyawaku dalam hidup ini.
Cinta seringkali akan lari bila kita  mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Cinta  pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang  seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan  masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu  sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Kecewa  bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah  berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat  melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan  kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
Hanya diperlukan waktu  seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan  sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup  untuk melupakan seseorang.
Ada cinta yang agung antara hamba  dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang  setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta  persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu  mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak  mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta.  Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala  hidup setia jiwa.
Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak  semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak  semua mampu mengecapi bahagia.
Keikhlasan bererti tidak  mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta  bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan  padanya.
Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan  yang tepat
Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran,  dia tidak akan berbohong. Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk  mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki. Tidak akan ada sebuah harapan  untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan  untuk bisa mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih  berharga.
Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi  konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar,  menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku,  ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus  menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.
Manusia  tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi  manusia tumbuh dan besar dalam cinta
Cinta yang wujud dalam  sebuah tindakan agung : “Memaafkan”.
Cinta kurniaan Ilahi  mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan,  bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam.  Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau  sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu,  sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
“Aku  mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?
Andai di dunia ini  tidak ada cinta, maka hidup akan serasa gersang, hampa dan tidak ada  dinamika. Cinta mampu membuat sesuatu yang berat menjadi ringan, yang  sulit menjadi sederhana, permusuhan menjadi perdamaian dan yang jauh  menjadi dekat. Itulah gambaran kekuatan cinta.
Mencintai tanpa  memiliki itu ibarat orang Ethiopia yang kelaparan. Mencinati penuh  dengan ketulusan adalah keharusan. Cinta adalah cinta.
Cinta  itu anugerah. Hargailah setiap anugerah yang diberi kerana tak semua  yang diberi akan dapat berulang-ulangkali.
Berilah cinta tanpa  meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Jika  kita sungguh-sungguh menginginkan cinta, maka cintalah pada akhirnya  yang justeru menunggu kita. - Oscar Wilde
Cinta memang sulit  difahami kerana cinta punya sejuta warna sehingga akan sulit untuk  melukisnya
CINTA ! Sekelip mata saja kamu boleh jatuh cinta.  Malah dalam sekelip mata juga hatimu boleh berubah. Cinta menjadi benci,  rindu menjadi dendam.
Cinta sering dikatakan ‘buta’ tetapi  jangan dijadikan alasan sehingga matahati tidak dapat menilai harga  sebuah cinta.
Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah  Perancis
Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan  itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi  akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
Cintailah orang  yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi  orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang  yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang  yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari  seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan  merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan  dikhuatiri beracun.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan  bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih  sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan  dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir  kebesaranNya itu?
Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa  yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.
Jika  kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. “Cinta  adalah kasih sayang yang melimpah”. Cinta juga lebih istimewa dibanding  kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak  semua kasih sayang sama dengan cinta.
Bercintalah dengan  pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan  peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Cinta adalah  suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui  untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan  sakit.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman  damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan  rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar  menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Janganlah  mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan  kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.
Jangan pernah bermimpi  tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.
Memberikan  seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas  cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta  berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta  tumbuh di hatimu.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang  mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap  sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu  kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
Cinta  ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi  kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
Cinta  bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati  yang memerlukan.
Usah gembira pada kelahiran cinta pertama.  Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang  pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan  dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan  seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.
Cinta  adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya
Untuk menyelami  cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu  cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita  dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
Cinta  yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan  penghinaan.
Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah,  romantika dan masih tetap menghargainya.
Andaikata dunia  hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya,  ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu  hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )
Jika  seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,  tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,  terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan  kamu.
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA  mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa  yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN  DI HATI..
Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah  cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia  hilang.
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan  permintaan… namun ia hadir kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia  tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana  pengorbanan dan kesetiaan
Cinta tak pernah menjanjikan  apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan  perit sekali.
Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan  keindahan. Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan  yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima  huluran cinta dari seseorang itu.
Cinta tidak semestinya  diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau  memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari  hati yang ikhlas dan suci.
Cinta itu satu siksaan jika tiada  kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuat kepastian… gelisah  memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk  sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu  kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.
Cinta  tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta tak  semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah  segala -galanya.
Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan  takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah  menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.
Ingat  disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan  kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati
Cinta  perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari,  bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti  cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai.  Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi  kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk  merinduinya.
Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu  seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta  itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat  selamanya.
Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh  sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring  itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan,  semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.
Cinta yang dimulai  dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air  mata.
Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi  BASI jika dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika  berakhir dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung  GEMENTAR
Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang  lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat  untuk menangkapnya
Jangan pernah membicarakan perasaan yang  tidak pernah ada. Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu  akan menghancurkan hatinya. Jangan pernah menatap matanya kalau semua  yang kamu lakukan hanya berbohong.
Ada cinta yang agung antara  hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta  rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta  persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang  begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga  tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus  cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam  cakerawala hidup setia jiwa.
Cinta lebih mudah mekar di hati  yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang  mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka  selalunya cinta juga akan turut terbang.
Bukan dikatakan cinta  apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya.  Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran  serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang  pentingnya dari anda.
Jangan sesekali mengkhianati perasaan  hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang  lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang  yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih  sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.
Hanya  ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di  mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh  seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang  pada segala yang bernyawa- Innayan Khan
Manusia merasa  kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding,  bukannya jambatan kasih sayang.
Mereka yang cintanya selalu  dibalas,kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar..~ Khan ~
Cinta  yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus  asa.
Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan  tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kamu  tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu
Kahwinilah  orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang  itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi  tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian  diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Hiduplah  dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai  hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada  diluar dirimu atau didalam dirimu.
Cinta yang suci dapat  dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.
Rasa  cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa  pengekalan abadi. Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai  hati.
Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara  nada cinta dan rindu.
Cinta membuatkan orang bersemangat untuk  hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta  adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita  merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.
Cinta  adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula  merupakan ubat penawarnya.
Ibaratkanlah kehilangan cinta itu  umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan  harus dilupakan.
Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir  tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.
Cinta yang  tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Kata  pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya  jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan  tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa  sedari.
Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita  bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut  hati.
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Cinta menakluk  segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas
Hidup  kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari  -Aswir
Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam  mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.
Cinta  dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir  dengan air mata.
Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan  bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian
Tiada kasih  yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari  putus cinta
Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta  palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa.  Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan  abadi.
Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat.  Sakit dan sihat tidak bertemu.
Seseorang yang pernah mengalami  kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu  laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas  kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang  lain.
Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati.  Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia  adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.
Cinta akan hidup  bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci  itu.
Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang  menyatakan cinta kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki itu yang  diharapkannya.~ Elizabeth Stoddard ~
Lelaki itu prosa alam,  perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah  Denmark
Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun
Cinta  tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
Kehidupan  ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka
Manusia  yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico
Hidup  tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris
Cinta  tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya
Cinta itu  tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman
Barangsiapa  yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas  bumi -Pujangga Barat
Orang yang menulis surat cinta itu kurus  dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda
Keburukan  dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek
Cinta  tidak mempunyai undang-undang
Cinta pandang pertama adalah  cinta yang akan kekal abadi
Cinta lebih tua daripada alam ini  kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi
Cinta  ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim
Yang termanis daripada yang  manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa  cintanya.
Perpisahan dalam percintaan yang belum puas,  menambahkan eratnya kasih sayang. Itulah sebabnya matahari meninggalkan  bumi pada malam hari.
 
 
 




 
